Kari di Asia Tenggara Kari

Masakan Indonesia

Rencana utama: Masakan Indonesia

Di Indonesia, gulai Masakan Padang yang berasaskan kari seringnya disesuaikan supaya menggunakan daging dan sayur-sayuran yang boleh didapati dengan mudah, umpamanya:

Ramuan-ramuan tempatan yang digunakan di Indonesia termasuk cili, daun limau purut, serai, lengkuas, daun salam, buah keras, kunyit, belacan (terasi), jintan putih, ketumbar, dan santan. Di Aceh, Sumatera, kari menggunakan daun salam koja atau daun kari.

Salah satu kari yang terpopular ialah rendang, sejenis masakan Melayu sebagaimana tercatat dalam Hikayat Amir Hamzah[2] (1550-an) [3] sebagaimana yang diwartakan oleh banyak restoran British, yang juga merupakan masakan Sumatera Barat. Rendang asli menggunakan daging kerbau yang direbus berjam-jam di dalam santan untuk melembutkan dan memberi rasa pada dagingnya. Sate padang juga menggunakan kuah yang merupakan salah satu bentuk kari. Makanan ringan yang menggunakan kari termasuk martabak, dengan mi segera yang terkenal di Indonesia juga banyak mempunyai rasa kari ayam.

Masakan Malaysia

Rencana utama: Masakan Malaysia

Kedudukan Malaysia di persimpangan laluan-laluan perdagangan kuno telah meninggalkan kesan yang unik pada masakan Malaysia. Hampir setiap menu Asia boleh didapati di sini, dengan masakan tempatan juga membayangkan warisan berbilang budaya serta berbilang etnik. Sedangkan kari mungkin pada awal-awalnya di bawa ke Malaysia oleh para pendatang India, ia telah menjadi makanan ruji di kalangan orang Melayu dan orang Cina juga. Kari-kari Malaysia berbeza antara satu negeri sama lain, termasuk dalam kelompok etnik yang serupa, kerana ia dipengaruhi oleh banyak faktor, baik dari segi kebudayaan, keagamaan, pertanian, mahupun ekonomi.

Kari-kari Malaysia biasanya menggunakan serbuk kari yang kaya dengan kunyit, santan, bawang merah, halia, belacan, cili, dan bawang putih, dengan asam Jawa juga sering dipergunakan. Rendang ialah lagi satu bentuk kari yang dimakan di Malaysia, dan merupakan versi yang lebih kering berbanding dengan kari-kari Malaysia yang biasa. Nasi Kandar dari Pulau Pinang yang merupakan nasi putih yang dimakan dengan berbagai-bagai jenis masakan kari merupakan salah satu masakan yang termasyhur di kalangan orang Malaysia.

Berbagai-bagai bahan telah dipergunakan untuk memasak kari di Malaysia, termasuk daging kambing, ayam, udang, sotong, ikan, kepala ikan, telur, terung ungu, dan sayur campuran. Begitu kaya dan berbeza rasanya kari di sini sehingga restoran-restoran gaya Malaysia kini tumbuh bagai cendawan di seluruh dunia dari Kanada ke Australia, dengan serbuk kari Malaysia kini juga dicari-carikan di seluruh dunia.

Masakan Thailand

Rencana utama: Masakan Thailand

Kari masakan Thailand menggunakan daging, ikan, atau sayur-sayuran yang dimasak di dalam sos berempah yang diperbuat daripada cili, daun limau purut, serai, lengkuas, dan santan. Oleh itu, ia cenderung berbau lebih harum, berbanding dengan kari India.

Kari-kari Thailand seringnya dihuraikan mengikut warna, iaitu:

Kari Kuning yang biasanya mengandungi ubi kentang juga dikenali sebagai kari gaeng (ejaannya berbeza-beza). Terjemahan harfiah untuk kari gaeng ialah "kari kari" kerana ia adalah satu-satunya kari Thailand yang benar-benar merupakan kari dan disesuaikan daripada masakan India.